
Tanjong Puteri Golf Resort
Terletak di Pasir Gudang, Johor. Sesuai untuk pelbagai rekreasi kepada yang mengunjungi di sini selain bermain golf. Mempunyai restoran yang mewah, rawatan urutan yang menenangkan di spa juga ada di sini.

Johor Eco Fishing Village
Ah Kaw Rakit tempat yang tidak asing lagi bagi kaki-kaki mancing di Kong Kong. Di sini terdapat banyak tempat menarik untuk memancing, pancingan pantai, rumah rakit, menyewa bot.

Bukit Layang Layang Park
Di sinilah diadakan Festival Layang-Layang yang termasyhur di dunia pada setiap tahun. Di Bukit Layang-Layang ini jugalah terletaknya Muzium Layang-Layang yang terkenal di seluruh Malaysia.

Kolej Komuniti Pasir Gudang
Kolej ini merupakan sebuah institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Ia memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum bekerja atau melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Politeknik Premier Ibrahim Sultan (PIS)
Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) adalah salah satu daripada politeknik di Malaysia (institusi kesembilan ditubuhkan). Politeknik Ibrahim Sultan terletak di Pasir Gudang, salah satu bandar selatan di Johor.