Puna Child

Penginapan di Sherry Homestay Pasir Gudang

1. Sherry Homestay Pasir Gudang khusus untuk tetamu beragama ISLAM dan pasangan mahram sahaja.

2. Kadar harga ialah RM390 semalam (normal rate dan tidak melebihi 15 org dewasa). Bayaran tambahan akan dikenakan kepada tambahan bilangan ahli yang menginap.

— Kadar harga pada PEAK season pula ialah RM420 per malam

3. Security Deposit RM200. Security Deposit akan di pulangkan selepas daftar keluar (check out) sekiranya tiada apa-apa kerosakan harta benda dan kehilangan di Sherry Homestay.

4. Daftar masuk bermula jam 2 tengah hari.
Daftar keluar pada jam 12 tengahari. RM25 akan dikenakan untuk setiap jam selepas waktu daftar keluar (12 tgh).

5. Bayaran penuh secara tunai perlu dibuat semasa pendaftaran. Kunci akan diserahkan berserta resit bayaran.

6.Jangan meninggalkan barangan berharga. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan.

7. Tetamu diminta menjaga keselamatan Homestay Pasir Gudang.
šŸ”¹Pastikan pintu berkunci sebelum meninggalkan rumah
šŸ”¹Matikan/OFF kan peralatan elektrik jika tidak digunakan
šŸ”¹Pastikan gas ditutup selepas memasak.
šŸ”¹Pastikan paip air ditutup jika tidak digunakan.

8.Tetamu dikehendaki menjaga keharmonian sesama jiran tetangga dan menjaga nama baik pemilik Homestay ketika menginap.

9. Ganti rugi akan dikenakan jika kehilangan kunci homestay dan juga pas masuk yang diberi.

10.Buang sampah ke dalam bakul sampah dan tong sampah yang disediakan.

11. Barangan terlarang dan tidak halal di sisi islam seperti arak/ dadah tidak dibenarkan di bawa masuk di Homestay ini.

12. Dilarang melakukan sebarang jenayah dan maksiat seperti berjudi dan juga berkhalwat.

13.Dilarang mengubah susun atur perabot di dalam homestay ini.

14.Dilarang membawa keluar segala kemudahan di dalam homestay. Perbuatan tersebut dianggap mencuri dan tindakan tegas akan diambil.

15.Binatang peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke homestay ini.

16.Dilarang memaku / menconteng dinding homestay.

17.Kerjasama anda amat dihargai. Keselesaan tetamu keutamaan kami.

>>>>>>>>>>>>>>>
Check List Refund Deposit.

1. Putung rokok tidak bersepah di dalam dan luar kawasan rumah.

2.Pinggan mangkuk hendaklah dibasuh selepas digunakan

3.Pastikan rumah dalam keadaan bersih

4.Buang sampah ditempat sampah

5.Tidak mengalihkan perabot/barang-barang didalam homestay ini.

6.Tidak dibenarkan membuat sebarang majlis lain selain daripada penginapan

7. Tidak dibenarkan membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman jiran lain.

8. Tidak dibenarkan merokok didalam bilik.

9. Tiada kekurangan/kehilangan/ kerosakkan

*Sekiranya syarat-syarat diatas di penuhi, deposit anda akan dipulangkan dan jika salah satu daripada syarat tersebut gagal, deposit anda akan ditolak.

Harap maklum.

Ikhlas Daripada Sherry Homestay Pasir Gudang
Terima kasih

Schedule a Visit